PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis-1

Rekreasi & Pelancongan

99 Wonderland Park Selayang

99 Wonderland Park yang terletak di Selayang, Selangor ini adalah salah satu lagi taman rekreasi yang sangat menarik untuk diterokai. Dengan gabungan pemandangan malam yang dihiasi lampu neon, tarikan haiwan eksotik, serta pelbagai aktiviti interaktif, taman ini menjadi pilihan utama untuk keluarga dan individu yang ingin meluangkan masa melakukan aktiviti berbeza di Selangor.

Alamat

99 Wonderland Park Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara, 68100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

No. Tel

012-9955399

Waktu Operasi 5.00 pm - 11 pm

Arulmigu Murugan Statue

Arulmigu Murugan Statue di Batu Caves adalah patung dewa Murugan tertinggi di dunia, berukuran 42.7 meter. Patung ini dibina pada tahun 2006 untuk menghormati dewa perang Hindu Murugan. Sejak lebih dari 120 tahun, Batu Caves telah menjadi tempat ibadat penting bagi orang Hindu.

Alamat

No. 42, Jalan 2, Batu Caves Point, 68100 Batu Caves, Selangor.

No. Tel

03-61896284

Waktu Operasi 5.00 pm - 11 pm

Kolam Air Panas Selayang

Kolam air panas ini adalah destinasi rekreasi yang menarik di kawasan Selayang, menawarkan pengunjung pengalaman unik berendam dalam air panas alami yang dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Rekreasi.my percaya bahawa kolam air panas ini bukan hanya destinasi rekreasi yang menyegarkan, tetapi juga tempat untuk melepaskan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan.

Alamat

Selayang Hot Spring Pool, Baru Selayang, Batu Caves, Selangor, Malaysia

No. Tel

017-3962478

Waktu Operasi 5.00 pm - 11 pm

Taman Rimba Temple

Taman Eko Rimba Templer terletak di Rawang, Selangor, dalam kawasan Hutan Simpan Kanching yang tergolong dalam kategori Hutan Dipterokarpa Bukit. Taman ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung menjalankan aktiviti seperti riadah bersama keluarga, berkelah, dan mandi-manda.

Alamat

1, 48000, Rawang, Selangor

No. Tel

03-5513 2000

Waktu Operasi 5.00 pm - 11 pm