Puchong, Selangor | 13 September 2025 – Pasukan Pulau Pinang dinobatkan sebagai Juara NADI E-Sports Mobile Legends: Bang Bang National Championship Musim Kedua.
Pertandingan akhir peringkat kebangsaan ini berlangsung meriah di Spacerubix dengan menyaksikan 14 pasukan negeri dari seluruh Malaysia berentap bagi merebut gelaran juara. Pasukan Negeri Pulau Pinang dari NADI Machang Bubuk berjaya muncul sebagai juara, diikuti Pasukan Negeri Sarawak dari NADI Tellian Ulu di tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Negeri Melaka dari NADI Taman Murai Jaya.
Selain aksi sengit Mobile Legends: Bang Bang, program turut dimeriahkan dengan E-Football Mini Tour dan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung.
NADI E-Sukan merupakan salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI yang menyokong pembangunan bakat dan minat dalam kalangan masyarakat merentasi semua lapisan umur.
Tahniah kepada semua pemenang!








