PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis-1

Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT - Auwal Hadiyf bin Hamdanawal

Berikut merupakan kisah kejayaan sebelum dan selepas menyertai program

Sebelum Penglibatan PI

Pelajar Sek Keb Bandar Baru Selayang yang berusia 11 tahun ini amat meminati bidang Robotic. Sebelum ini hanya tahu mengenai Robotic melalui guru RBT sahaja.

Selepas Penglibatan PI

Tetapi setelah mengikuti Kelas Microbit dan Robotic di NADI Taman Selayang Segar Auwal mula belajar bagaimana untuk menghasilkan Robot Sumo dari set Robotic tersebut. Adik Auwal berharap dapat menyertai mana-mana pertandingan Robotic nanti.

Kisah Kejayaan Celik IT - Siti Nur Qaseh binti Md Izham

Qaseh merupakan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan. Qaseh telah menjadi ahli NADI sejak dari 2020 dan telah mendaftar sebagai pelajar maxis ekelas dan tuisyen Delia pada tahun 2025.

Sebelum Penglibatan PI

Setelah banyak melibatkan diri dengan program yang dianjurkan di NADI, Qaseh telah menimba banyak pengetahuan dalam bidang IT seperti Microsoft Word, Excel, Canva serta mempunyai akaun media sosial sendiri.

Selepas Penglibatan PI

Selepas penglibatan Qaseh lebih berpengetahuan mengenai ICT dan boleh menggunakan kebanyakkan aplikasi di internet tanpa bantuan. Antara kelas yang dihadiri oleh oleh Qaseh adalah Ms Word, Canva dan lain-lain lagi.