PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis-1

Bazar Raya NADI 2026

Program Bazar Raya NADI 2026 telah diadakan di NADI Taman Selayang Segar, menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk jualan usahawan NADI, pertandingan mewarna kanak-kanak, saringan kesihatan,

Read More »

Unboxing Microbit Set

Unboxing set micro:bit. Micro:bit ialah papan pemprosesan kecil yang sangat sesuai untuk pembelajaran asas pengaturcaraan dan elektronik. Kelas online ini akan memberi tunjuk ajar kepada

Read More »

Kempen Internet Selamat (KIS) Di SK 1 Selayang Baru

23 Jun 2025, Isnin – MCMC Negeri Selangor dengan sokongan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Gombak telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat (KIS) melibatkan penyertaan 50 murid Tahap 2 di SK (1) Selayang Baru. Program ini memberi tumpuan kepada murid berusia 10 hingga 12 tahun bagi memupuk kesedaran awal mengenai keselamatan dalam talian.

Modul yang disampaikan menekankan kepentingan had umur media sosial (13 tahun ke atas), jejak digital dan amalan penggunaan internet secara selamat. Aktiviti interaktif seperti “Tepuk Selamat” dijalankan dalam suasana menyeronokkan bagi membantu pelajar memahami risiko dunia siber dengan lebih berkesan.

Program turut menyaksikan pelantikan Ikon KIS iaitu Cikgu Nur Hazimah binti Abdul Razak (kategori guru) dan Mohammad Faris Hirfan bin Mohd Norazman (kategori pelajar). Terima kasih kepada pihak sekolah atas sokongan yang diberikan. MCMC komited untuk terus menyemai literasi digital dalam kalangan generasi muda.

#MCMC
#KempenInternetSelamat

Berita Berkaitan