20 September 2025, Sabtu – Seramai 15 orang remaja di sekitar Taman Selayang Segar telah menghhadiri kursus Kafe Teen Advokasi Bersama LPPKN. Program ini memberi pendedahan awal kepada remaja mengenai Advokasi reproduktif yang merujuk kepada usaha atau tindakan memperjuangkan hak-hak kesihatan reproduktif, terutamanya berkaitan dengan akses kepada maklumat yang tepat mengenai kesihatan reproduktif dan hak membuat keputusan tentang tubuh sendiri. Terima kasih kepada pihak LPPKN yang sudi bekerjasama dengan pihak NADI dalam menjayakan program ini.






