PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis-1

Bazar Raya NADI 2026

Program Bazar Raya NADI 2026 telah diadakan di NADI Taman Selayang Segar, menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk jualan usahawan NADI, pertandingan mewarna kanak-kanak, saringan kesihatan,

Read More »

Unboxing Microbit Set

Unboxing set micro:bit. Micro:bit ialah papan pemprosesan kecil yang sangat sesuai untuk pembelajaran asas pengaturcaraan dan elektronik. Kelas online ini akan memberi tunjuk ajar kepada

Read More »

Hari Keselamatan Internet di Titiwangsa

NADI turut serta dalam progran Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil di Taman Tasik Titiwangsa. HKI 2026 menekankan kepentingan kerjasama kerajaan, industri, komuniti dan keluarga dalam membina masyarakat digital yang selamat, beretika dan bertanggungjawab, khususnya bagi melindungi kanak-kanak dan remaja.
Pelbagai aktiviti pendidikan dan kesedaran seperti kawalan ibu bapa, perlindungan akaun digital serta pencegahan penipuan dalam talian telah dilaksanakan, disokong pameran interaktif, e-sukan dan penglibatan merentas generasi bagi memperluas mesej keselamatan Internet.
Sambutan ini turut melancarkan Kempen Internet Selamat 2026 yang menyasarkan sejuta rakyat Malaysia menerima latihan keselamatan dalam talian, selari dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) dan had umur pendaftaran akaun media sosial bawah 16 tahun sebagai komitmen berterusan kerajaan dan MCMC mengurus ekosistem digital secara holistik.

Berita Berkaitan