PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis-1

NADI Tuisyen Rakyat Julai 2026

NADI Tuisyen Rakyat diteruskan lagi untuk bulan Julai 2026. Kelas secara maya dan siaran langsung (live) ini mengandungi 5 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Read More »

Generasi Muda – Aku Kasih Malaysia

“Generasi Muda – Aku Kasih Malaysia” merupakan sebuah inisiatif dan video kenegaraan terbitan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Perdana Menteri. Ia bertujuan untuk menyemarakkan semangat

Read More »

Kempen Internet Selamat (KIS) Di SK 1 Selayang Baru

23 Jun 2025, Isnin – MCMC Negeri Selangor dengan sokongan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Gombak telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat (KIS) melibatkan penyertaan 50 murid Tahap 2 di SK (1) Selayang Baru. Program ini memberi tumpuan kepada murid berusia 10 hingga 12 tahun bagi memupuk kesedaran awal mengenai keselamatan dalam talian.

Modul yang disampaikan menekankan kepentingan had umur media sosial (13 tahun ke atas), jejak digital dan amalan penggunaan internet secara selamat. Aktiviti interaktif seperti “Tepuk Selamat” dijalankan dalam suasana menyeronokkan bagi membantu pelajar memahami risiko dunia siber dengan lebih berkesan.

Program turut menyaksikan pelantikan Ikon KIS iaitu Cikgu Nur Hazimah binti Abdul Razak (kategori guru) dan Mohammad Faris Hirfan bin Mohd Norazman (kategori pelajar). Terima kasih kepada pihak sekolah atas sokongan yang diberikan. MCMC komited untuk terus menyemai literasi digital dalam kalangan generasi muda.

#MCMC
#KempenInternetSelamat

Berita Berkaitan