Pada 26 April 2026, pihak NADI Taman Selayang Segar telah mengadakan sesi penerangan dan bimbingan kepada komuniti yang hadir mengenai cara memuat turun serta menjalankan Ujian Kelajuan menggunakan aplikasi MCMC NEXUS.
Melalui sesi ini, para peserta diberi panduan langkah demi langkah untuk memuat turun aplikasi MCMC NEXUS, menjalankan ujian kelajuan internet dengan betul, serta memahami bacaan keputusan seperti kelajuan muat turun (download), kelajuan muat naik (upload), kependaman (latency/ping), jitter dan packet loss. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta pengetahuan komuniti mengenai pemantauan prestasi sambungan internet, di samping menggalakkan penggunaan platform digital yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
