PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis-1

Kelas AI Untuk Komuniti

Program Kelas AI Untuk Komuniti merupakan inisiatif untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) dalam kehidupan seharian. Program

Read More »

NADI Tuisyen Rakyat Julai 2026

NADI Tuisyen Rakyat diteruskan lagi untuk bulan Julai 2026. Kelas secara maya dan siaran langsung (live) ini mengandungi 5 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Read More »

Saringan MLBB Musim 4 NADI di Taman Selayang Segar

MLBB 4 x Komuniti MADANI Aman Siara

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

NADI Taman Selayang Segar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pasukan yang telah menyertai Saringan Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 4 x Komuniti MADANI Aman Siara yang telah berlangsung pada Sabtu, 4 Julai 2026.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Kepada pasukan yang belum berjaya, semoga terus berusaha, mempertingkatkan kemahiran dan menjadikan pengalaman ini sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Pihak NADI Taman Selayang Segar turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta, urus setia, rakan strategik dan pihak yang telah memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini. Semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang dipamerkan sepanjang kejohanan amatlah dihargai.

Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuh hubungan komuniti serta menyokong pembangunan bakat belia dalam bidang e-sukan yang positif, selaras dengan aspirasi Komuniti MADANI.

Terima kasih atas penyertaan dan sokongan anda. Jumpa lagi pada program NADI yang akan datang.

Berita Berkaitan